The Story Behind The Song: Greater by Juwita Suwito

“Lagu ‘Greater’ dikaryakan apabila saya dijemput untuk membuat persembahan di suatu acara Nick Vujicic beberapa tahun yang lalu. Ia diilhamkan oleh sebuah buku yang mempunyai tajuk yang sama hasil pena Steven Furtick. Buku itu menceritakan peninggalan sebuah kehidupan yang biasa untuk berjuang bersama Tuhan dalam rancangan-Nya yang lebih hebat untuk diri dan komuniti kita.

Demikian, apabila YWCA KL meminta kebenaran untuk menggunakan salah satu lagu saya untuk projek video muzik yang bertemakan pemberdayaan komuniti, lagu ini yang menjadi pilihan. Saya bertanyakan kawan – Olivia Oon, seorang videographer, dan Michael Xavier Voon, seorang koreografer dan jurulatih persembahan – dan mereka bersetuju untuk melibatkan diri, dan ini memberi keyakinan kepada saya untuk bersetuju dengan projek cadangan itu. Bersama-sama, kami bekerjasama dengan sukarelawan YWCA dan para pelajar vokasional yang berasal daripada latarbelakang kurang mampu untuk menghasilkan video muzik ini.

Segala-galanya dilakukan sendiri – dari papan cerita kepada pakaian buatan bahan kitar semula, solekan dan dandanan rambut! Hasilnya melangkaui imaginasi dan jangkaan saya. Proses ini mengingatkan saya bahawa tidak kira betapa bezanya latarbelakang kami semua, setiap daripada kita boleh dan mampu mengetuai komuniti untuk melakukan sesuatu yang hebat menerusi kekuatan berlainan yang diberi oleh Tuhan. Saya berharap semua ini turut memberi inspirasi kepada kamu.” – Juwita Suwito

#MySongsAndStories #MusicMonday #MalaysianMusic

Related Posts

%d bloggers like this: