School Memories: Cikgu Faridah

“Cikgu Faridah was the longest-serving, most experienced teacher in our school. She would always show up for class in a long baju kebaya and high heels, her face framed twice by her round glasses and a head scarf that draped over her chest. She had a pleasant face but I always sensed an unpleasant feeling in the way she looked at me. Perhaps it was a distaste for this under-achieving student who often skipped classes and could not answer questions correctly.

A week before our examinations, all the Upper Six students would salam our teachers to ask for forgiveness and blessings. I was forced to face Cikgu Faridah. Her gaze made my heart race. My body went stiff but she gave me a tight hug and whispered, “I love you. I know you like my subject but you are very playful. I scold you because I want you to learn.”

A lump rose in my throat and I embraced her. To think I actually thought she hated me! “Please forgive me,” I said, with a newfound desire to receive all the knowledge she had imparted to me. That tearful episode washed away my discomfort of being around Cikgu Faridah. Since then she spent a lot of time helping me with my studies and her sincere patience produced shocking results – this truant managed to score an A for that STPM subject! Thank you, cikgu.” – Mazni Ayub, book publisher


“Cikgu Faridah merupakan guru paling lama di sekolah. Pengalaman mengajarnya tidak dapat dipertikaikan. Setiap kali masuk kelas, Cikgu Faridah akan mengenakan baju kebaya labuh, kasut tumit tinggi dan bertudung menutupi dada, tidak dilupa kaca mata bulatnya. Sejujurnya beliau cantik namun aku kurang selesa dengan cara beliau memandang aku kerana aku hidu bau kebenciannya padaku. Maklumlah aku ini bukanlah pelajar cemerlang bahkan kerap ponteng kelas dan selalu gagal menjawab soalan.

Seminggu sebelum peperiksaan, semua pelajar tingkatan 6 atas akan bersalaman dengan guru untuk memohon ampun dan restu. Aku terpaksa berhadapan dengan Cikgu Faridah. Pandangan beliau membuat jantungku berdegup kencang dan tubuhku kaku, lantas beliau peluk aku erat-erat dan berbisik, “Saya sayang kamu. Saya tahu kamu suka subjek saya tapi kamu banyak main. Saya marah sebab saya nak awak belajar.”

Aku sebak dan membalas pelukannya. Sungguh aku tak sangka, selama ni aku fikir beliau membenci aku. Lalu aku kata kepadanya, “Saya minta maaf dan mohon halalkan semua ilmu yang cikgu berikan.” Selepas drama air mata, rasa kurang selesa aku makin berkurang dan beliau banyak menghabiskan masanya membantu aku mengulangkaji pelajaran. Keikhlasan dan kesabaran beliau dalam membimbing aku memberi kesan yang mengejutkan. Si kaki ponteng berjaya mendapat A untuk subjek yang diajarnya dalam STPM. Terima kasih cikgu! – Mazni Ayub, penerbit buku

#MySongsAndStories #LoveMalaysia