Inspirational Malaysian: Nazir Bin Nujum

Kenapa mahu jadi renjer? – itu soalan yang sudah pasti ditanya ketika ditemuduga untuk bekerja dengan Sabah Parks. Yang pertama, sebab minat. Yang kedua, kita tidak mahu duduk di bangku yang sama.

Tetapi perjalanan untuk menjadi renjer taman bukan sesenang itu. Setelah kelayakan dinilai, panel temuduga akan menyoal pelbagai soalan lain yang memang padat. Kita disoal tentang taman, mengapa tsunami terjadi, tentang gempa bumi, dll. Kita perlu faham kerja-kerja yang dilakukan oleh taman dan mempunyai pengetahuan mendalam tentang khazanah yang kita jaga kerana sebagai renjer, kita tidak statik di satu tempat. Kita mesti pergi ke tempat lain supaya kita tahu semua taman.

Bagi kita, menjadi renjer itu mandat yang tertinggi. Adakala kita rindui isteri dan anak bila berjauhan selalu. Ada juga rintangan besar yang perlu dihadapi seperti kemalangan yang terjadi ketika menyelamatkan bot dalam ribut. Namun, walaupun saya kehilangan hujung jari, kita bersyukur bahawa kita sudah pulih seperti biasa dan sihat untuk berkhidmat semula.

Ada yang tanya, ‘Kalau Nazir dihantar ke Gunung Kinabalu, macam mana, boleh naik?‘ Jawapan saya senang saja: Pergilah. Biar kita pergi dulu, cuba dulu. Jangan mengalah sebelum jalan.– Nazir Bin Nujum, renjer taman

#MySongsAndStories #LoveMalaysia 📷Photo by: Janessa Wong