Inspirational Malaysian: Muhammad Fatrim

“Bagi saya, sesiapapun boleh menulis. Tidak perlu masuk universiti. Tapi saya lain, saya tak pernah fikir menjadi penulis adalah cita-cita ataupun pekerjaan sepenuh masa. Sejujurnya sebelum ini saya tidak mempunyai apa-apa kemahiran mengarang sebuah novel sekalipun.

Semuanya bermula apabila adik-adik saya tidak berminat untuk melanjutkan pelajaran. Saya terfikir untuk belajar dan terlihat iklan kemasukan UITM melalui surat khabar. Saya terus buat permohonan kemasukan sesuai dengan kelulusan saya dan Diploma Penulisan Kreatif menjadi pilihan.

Masa tu saya kerja housekeeping di sebuah hotel di Kota Kinabalu. Saya bekerja untuk menampung kursus persediaan pramugara saya. Setahun saya berlatih dengan agensi kerana saya tahu, itu saja impian dan cita-cita saya. Tapi, akhirnya saya masuk UITM. Habis belajar, saya masih tercari-cari masa depan saya. Sekali lagi, cita-cita saya masih ingin berada di awan biru. Tambahan pula, saya menerima panggilan temuduga cabin crew selepas menghantar resume. Tapi saya berada di Sabah ketika itu dan temuduga pula di Semenanjung.

Saya lepaskan peluang itu sebab penerbit Fixi baru luluskan manuskrip ASRAMA – sebuah novel Muhammad Fatrim dan saya ambil keputusan menjadi penulis kerana sudah setahun membaca buku-buku FIXI yang hebat. Saya jumpai minat menulis dengan membaca dan belajar di universiti. Terima kasih FIXI. Saya hanyalah pembaca tegar FIXI dan tak pernah terfikir untuk menjadi penulisnya. Mungkin kalau peluang itu tidak datang, saya akan berada di awan biru!’’ – Muhammad Fatrim (Fatrim Syah), penulis/novelis

#MySongsAndStories #LoveMalaysia