Inspirational Malaysian: Malcom Johnny aka Graato

Pada malam acara pertama Songs & Stories yang diadakan di Kota Kinabalu pada Mac lalu, kami diperkenalkan kepada seorang Instagrammer yang tidak asing lagi di negara kita – seorang anak Sabah bernama Malcom Johnny (lebih dikenali sebagai Graato). Sejak berjinak dengan aplikasi Instagram pada tahun 2013, hobi mengambil gambar untuk berkongsikan keindahan alam Sabah menerusi projek #CapturingSabah terus memupuk minat Graato dalam bidang fotografi.

“Saya sentiasa bawa telefon pintar atau kamera ke mana-mana saya pergi. Apa-apa saja yang kelihatan baik di depan mata, saya cuba rakam saat itu supaya bisa dijadikan kenangan di samping memberi inspirasi kepada orang lain,” kongsi Graato yang kini mempunyai lebih daripada 41,000 pengikut pada akaun Instagramnya. Gambar-gambar yang dikongsi meliputi inspirasi seharian dan pengalaman kembaranya merentasi Sabah.

Namun begitu, fotografi masih sekadar sebuah hobi buat Graato. Pemuda ini rajin meneliti koleksi gambar di Instagram dari segi posisi dan cara suntingan untuk mempertingkatkan skil fotografinya. Semangat Graato untuk terus memupuk minatnya dalam fotografi menjadi inspirasi kepada kami untuk terus berusaha dalam kemajuan diri supaya dapat mencapai lebih lagi dalam hidup.

#MySongsAndStories #LoveMalaysia