Inspirational Malaysian: Jennifer Thompson

“I have worked in the music industry for almost three quarters of my life. I realised that music has taught me to be passionate about everything I do. Watching people in the creative industry, you realize that when you exude passion, when you believe in what you do, it moves people.

When I was young, I knew that I loved music. I tried to be a musician but somehow that was not my path. I couldn’t sing to save my life. When I hit twenty, I realised my talent was in organizing and managing so I applied this to music – the one thing I loved so very much. I have never looked back ever since.

When you discover your purpose, it’s normally something you’re extremely passionate about. But recognising what you love is not enough. It isn’t passion without commitment, enthusiasm, excitement, energy… that is why passion drives you to go one step further. Passion moulds our existence, fuels inspiration and opens us up to opportunities around us.

We should constantly need to want to strive for better, reach higher and achieve more, but this is impossible without passion. We need that fire from within to propel us to accomplish things that we could only dream about. This does not only apply to work, it applies to everything we do in our life – work, love, life – we should be passionate. For everyone, my wish for you is that you find your passion.” – Jennifer Thompson, music industry advocate


“Saya telah bekerja dalam industri muzik hampir tiga suku daripada hidup saya. Muzik telah mengajar saya untuk bersemangat dalam segala yang saya lakukan. Pada pemerhatian saya, orang yang bekerja dalam industri kreatif dengan keghairahan dan kepercayaan diri selalunya akan berjaya menambat hati orang.

Saya sedari minat saya terhadap muzik sejak masih muda lagi. Usaha saya untuk menjadi seorang pemuzik tidak menjadi kerana saya tidak mempunyai bakat langsung untuk menyanyi. Apabila berumur 20 tahun, saya sedar kebolehan saya lebih cenderung ke arah perancangan dan pengurusan, maka saya menggunakan bakat itu dalam bidang yang saya paling meminati – muzik.

Ini telah bawa kesedaran bahawa apabila seseorang menemui tujuan hidup, ia biasanya akan berkait dengan sesuatu yang diminati secara mendalam. Namun minat sahaja tidak mencukupi. Tanpa dedikasi, kesungguhan, semangat, tenaga dan usaha, ianya sekadar minat. Hanya keghairahan bekerja dan semangat luar biasa yang akan mendorong kita untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. Semangat inilah yang membentuk kewujudan kita, melahirkan inspirasi dan membuka peluang untuk kejayaan.

Kita perlu sentiasa ingin berusaha untuk bertambah maju dan terus mencapai lebih lagi, tetapi ini tidak mungkin tanpa keghairahan. Kita memerlukan perasaan itu untuk membakar semangat dan menjadi penjana dalam mencapai segala yang menjadi impian. Ini patut dijadikan panduan bukan sahaja dalam bidang kerja tetapi dalam segala yang kita lakukan – kerja, cinta, kehidupan, dll. Saya doakan semoga awak menemui semangat keghairahan dalam kehidupan.” – Jennifer Thompson, pejuang industri muzik

Peace.Love.Respect.

#MySongsAndStories #LoveMalaysia