Inspirational Malaysian: Daniel Lee

“Budak cacat – itulah yang mereka sering mengejek dan melabel aku waktu bersekolah. Dilahirkan dengan penyakit tulang rapuh (Osteogenesis Imperfecta), aku berhenti berjalan pada umur 2 tahun akibat tulang yang terlalu kerap dan mudah ripuk.

Namun segalanya berubah apabila aku diberi kerusi roda pertama ketika berumur 10 tahun. Keupayaan untuk pergi ke mana jua tanpa bergantung kepada orang lain amat membebaskan. Apabila angin membelai muka ku setiap kali bergerak laju, itulah yang paling syok buatku.

Ketika berlangsungnya Sukan Paralimpik Beijing 2008, aku menonton pembuka acara sambil bertekad di hati, ‘Suatu hari nanti, aku akan menjadi atlet dalam acara sukan sebegitu’. Perlumbaan pertama yang aku sertai dalam 2012 melibatkan 180 peserta, termasuk beberapa orang atlet negara. Aku begitu teruja apabila memenangi tempat pertama. Saat itu aku tahu yang aku berpotensi dalam perlumbaan kerusi roda. Sejak itu aku memenangi setiap perlumbaan yang disertai.

Tahun lepas, aku membuat keputusan untuk menyertai Sukan Paralimpik Tokyo 2020. Aku tahu aku dilahirkan untuk berlumba dan akan membuat segala daya untuk mencapai cita-cita itu. Sepanjang perjalanan hidup ini, aku belajar suatu yang penting: kita boleh menghadapi segala cabaran dan batasan perspeksi untuk memupuk potensi yang diberi Tuhan dalam diri kita apabila kita mempercayainya.” – Daniel Lee, atlet paralimpik

KLIK SINI untuk mengikuti perjalanan Daniel ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan berikan sokongan anda.

#MySongsAndStories #LoveMalaysia 📷Photo by: Bitesize Visuals